sempena bulan mengumpul 1000 sarung bantal untuk dihadiahkan kepada pesakit kanser kanak-kanak, saya buat tutorial ini sebagai panduan pada sesiapa yang baru belajar menjahit dan teringin untuk mencuba menjahit sarung bantal sendiri. kalau dah pandai, bolehlah kita sama-sama menyumbang kepada program KuSarungkan Kasih .
ini rupa sarung bantal yang akan saya kongsikan cara menjahitnya
Saiz bantal siap adalah mengikut ukuran hospital di Malaysia:
29 inci x 19 inci
Bahan2 yang diperlukan:
1. 1 meter kain cotton (mesti 100% cotton tanpa campuran polyester kerana kulit pesakit kanser amat sensitif)
2. 1/4 meter kain untuk border (optional)
____________________________________________________________
langkah 1.
mula-mula gunting kain mengikut saiz ini: (rujuk pada gambar untuk lebih jelas). ukuran sudah termasuk basi untuk jahitan
mula-mula gunting kain mengikut saiz ini: (rujuk pada gambar untuk lebih jelas). ukuran sudah termasuk basi untuk jahitan
sekeping kain A - 10 inci x 20 inci
sekeping kain B - 26.5 inci x 20 inci
sekeping kain C - 30.5 inci x 20 inci
(sekiranya anda ingin border seperti kain kuning (kepingan A) tu lebih lebar, maka boleh adjust ukurannya..
contohnya: jika lebar kain border A itu 12", maka ukuran untuk kepingan B adalah 24.5" x 20".. begitulah campur dan tolaknya.. berapapun ukuran A, jika dicampur dengan panjang ukuran B akan menjadi 36.5" panjang)
Langkah 2.
cantumkan kain B dan A, iaitu bahagian lebar 20 inci itu. (contrast fabric and main fabric, right sides together)
cantumkan kain B dan A, iaitu bahagian lebar 20 inci itu. (contrast fabric and main fabric, right sides together)
Langkah 3. setelah dijahit hingga ke hujung, kemaskan dengan menggunakan mesin jahit tepi
Langkah 4. kemudian, kita gosok/seterika bahagian sambungan itu, dan jahit tindih untuk lagi kemas
Langkah 5. Lipat bahagian hujung kain A, dan jahit seperti dalam gambar
Langkah 6.
buat yang sama untuk bahagian atas kain C
buat yang sama untuk bahagian atas kain C
Langkah 7. Kemudian, susun kepingan kain C diatas kain B+A tadi. Bahagian depan kain bertemu (right sides together). Maaf jika keterangan kurang jelas. Pertama kali saya buat tutorial ni :-). anda akan dapati kain B+A lebih panjang dari kain C. Harap gambar ini akan buat anda lebih faham
Langkah 8. lipatkan lebihan kain A itu ke arah kain C
nampak tak, kepingan kain C akan terletak diantara kain B+A
Langkah 9. Inilah rupa susunan kain tadi.. pinkan dan jahit keliling sarung bantal, kecuali bahagian atas (bahagian atas dibiarkan tak berjahit untuk memasukkan bantal)
Langkah 10, untuk lebih kemas, saya jahit tepi (guna mesin jahit tepi/serger)
Langkah 11. ini rupa dari bahagian dalam, nampak tak garisan putus2 tu, itulah yang saya maksudkan tadi, jahit keliling kecuali bahagian atas kain kuning tersebut
Langkah 12. Terbalikkan sarung bantal, dan gosok/seterika.
13. Ini rupa sarung bantal yang sudah siap
14. Nampak tak bantal (warna biru) itu sesudah disarung, ia akan dimasukkan kedalam kain kuning tersebut. Jadi, bantal tidak mudah terkeluar dari sarung.
Semoga, tutorial saya dapat difahami, dan semoga anda dapat menjahit sarung bantal sendiri.
Jika ada masa terluang, sila lawat page group mesin jahit kami di
ataupun lawat page kami di facebook
Bulan September adalah bulan Kesedaran Pesakit Kanser Kanak-kanak, jadi kami sedang mengumpul 1000 sarung bantal untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak tersebut. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan