Tuesday, September 3, 2013

Tutorial Cara Jahit Sarung Bantal

sempena bulan mengumpul 1000 sarung bantal untuk dihadiahkan kepada pesakit kanser kanak-kanak, saya buat tutorial ini sebagai panduan pada sesiapa yang baru belajar menjahit dan teringin untuk mencuba menjahit sarung bantal sendiri. kalau dah pandai, bolehlah kita sama-sama menyumbang kepada program KuSarungkan Kasih . 

ini rupa sarung bantal yang akan saya kongsikan cara menjahitnya


Saiz bantal siap adalah mengikut ukuran hospital di Malaysia: 
29 inci x 19 inci

Bahan2 yang diperlukan: 

1. 1 meter kain cotton (mesti 100% cotton tanpa campuran polyester kerana          kulit pesakit kanser amat sensitif)
2. 1/4 meter kain untuk border (optional)

____________________________________________________________

langkah 1
mula-mula gunting kain mengikut saiz ini: (rujuk pada gambar untuk lebih jelas). ukuran sudah termasuk basi untuk jahitan

sekeping kain  A - 10 inci x 20 inci
sekeping kain  B - 26.5 inci x 20 inci
sekeping kain  C - 30.5 inci x 20 inci

(sekiranya anda ingin border seperti kain kuning (kepingan A) tu lebih lebar, maka boleh adjust ukurannya..
contohnya: jika lebar kain border A itu 12", maka ukuran untuk kepingan B adalah 24.5" x 20".. begitulah campur dan tolaknya.. berapapun ukuran A, jika dicampur dengan panjang ukuran B akan menjadi 36.5" panjang)


Langkah 2
cantumkan kain B dan A, iaitu bahagian lebar 20 inci itu. (contrast fabric and main fabric, right sides together)





Langkah 3. setelah dijahit hingga ke hujung, kemaskan dengan menggunakan mesin jahit tepi








Langkah 4. kemudian, kita gosok/seterika bahagian sambungan itu, dan jahit tindih untuk lagi kemas




Langkah 5. Lipat bahagian hujung kain A, dan jahit seperti dalam gambar 



Langkah 6. 
buat yang sama untuk bahagian atas kain C


Langkah 7. Kemudian, susun kepingan kain C diatas kain B+A tadi. Bahagian depan kain bertemu (right sides together). Maaf jika keterangan kurang jelas. Pertama kali saya buat tutorial ni :-). anda akan dapati kain B+A lebih panjang dari kain C. Harap gambar ini akan buat anda lebih faham



Langkah 8. lipatkan lebihan kain A itu ke arah kain C



nampak tak, kepingan kain C akan terletak diantara kain B+A



Langkah 9. Inilah rupa susunan kain tadi.. pinkan dan jahit keliling sarung bantal, kecuali bahagian atas (bahagian atas dibiarkan tak berjahit untuk memasukkan bantal)




Langkah 10, untuk lebih kemas, saya jahit tepi (guna mesin jahit tepi/serger) 


Langkah 11. ini rupa dari bahagian dalam, nampak tak garisan putus2 tu, itulah yang saya maksudkan tadi, jahit keliling kecuali bahagian atas kain kuning tersebut



Langkah 12. Terbalikkan sarung bantal, dan gosok/seterika.






13. Ini rupa sarung bantal yang sudah siap


14. Nampak tak bantal (warna biru) itu sesudah disarung, ia akan dimasukkan kedalam kain kuning tersebut. Jadi, bantal tidak mudah terkeluar dari sarung.



Semoga, tutorial saya dapat difahami, dan semoga anda dapat menjahit sarung bantal sendiri.

Jika ada masa terluang, sila lawat page group mesin jahit kami di 
ataupun lawat page kami di facebook

Bulan September adalah bulan Kesedaran Pesakit Kanser Kanak-kanak, jadi kami sedang mengumpul 1000 sarung bantal untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak tersebut. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan



Monday, June 10, 2013

Peplum 2 layer

Peplum 2 layer ni kembangnya mula dari bawah pinggang. Saya gunakan kain cotton sebab bagi saya cotton sesuai untuk kanak2. Tapi kena rajinlah nak menggosoknya kan :-)


Maaf ye, saya dah tak terima tempahan lagi. Suami dah pesan awal2, tahun ni dia taknak tengok saya menjahit sampai malam raya seperti tahun2 yang lalu. 

Thursday, May 30, 2013

Peplum dress

Peplum dress ni sesuai juga jika dipakai begitu saja, atau digayakan dengan seluar. Yang ini saya buat saiz 1 tahun.. cantik pulak kembangnya. sebenarnya, kalau saiz kecil2 ni memang cantik.


Baju ni dah ada tuannya. Minta maaf ye, tempahan untuk raya dah ditutup Tak larat dah nak terima lagi.. nanti saya tak tidur malam pulak..

Friday, May 17, 2013

Emerald Green & Red Peplum

a special request from my customer.. 
emerald green to be match with chili red.. 
and the outcome..


what do you think? 

i just love it.. it looks like you're wearing a one suit dress but it's actually a two pieces suit




update: just got a message from the owner, he sent me photos of her sister wearing the peplum dress





Monday, May 6, 2013

Peplum Color Block

meriah sungguh warna2 yang ditempah oleh pelanggan saya tahun ini.. color block diorang panggil.. tak kisah dah warna apa.. semua boleh masuk






Wednesday, May 1, 2013

Tempahan Baju Kurung Kanak2 di Buka Sekarang

Tempahan untuk baju kurung kanak2 baru saja saya buka. Pada yang berminat, boleh lihat pilihan kain di page facebook saya di sini


boleh email ataupun pm saya di facebook

Terima kasih

Friday, April 19, 2013

Baju Peplum Kurung untuk kanak-kanak

Untuk tempahan raya tahun ini, saya banyak terima tempahan untuk buat kurung peplum. Saya beli pattern dari Popolok Design dan alter sikit untuk menghasilkan peplum kurung versi HaidaHandmade. Ni saya tunjukkan contoh2 baju kurung peplum.
Harga bermula dari RM69.00






 kalau nak tempah, boleh pilih kain di page facebook saya ye