Bismillahirrahmanirrahim.. hari ini saya ingin kongsikan cara saya jahit pumpkin pouch. Ini cara saya ye, bukan cara orang lain :-) ada banyak gambar di sini supaya anda lebih memahami setiap langkah.
1. Mula-mula, sediakan kain untuk beg berserta kain lapisan dalam (lining).
2. Cantumkan kain badan luar ikut garisan putus yang saya tandakan
3. Sediakan tapak beg. Saya menggunakan batting/span agar tapak lebih padat. Jika tidak mahu menggunakan batting pun boleh juga, ataupun jika ingin lebih tebal, gunakan batting yang lebih tebal
4. Setelah badan, lining dan tapak siap disediakan.. sekarang cantumkan badan dan tapak.
5. Langkah seterusnya, mencantumkan badan luar dengan lining
6. setelah itu, terbalikkan.. maka akan kelihatan seperti di bawah ini
7. Sekarang sediakan tali untuk jerut beg. Di awal-awal tadi saya terlupa nak beritahu pasal tali ni. Gunakan tali yang sesuai ye. ukuran panjang tali adalah 22". sediakan 2 utas tali.
8. Seterusnya, ikut langkah-langkah yang saya tulis pada gambar-gambar di bawah.
9. Pada langkah ini, beg sudah pun hampir siap. Tapi saya akan tambahkan tali pemegang pada beg
10. Sediakan tali pemegang seperti ini.
11. Inilah rupa beg yang dah siap. Saya isikan kain dalam ni, jadi nampak
beg berbentuk bulat seperti labu.
Selamat mencuba ye. Jika ada yang tak faham, bolehlah bertanya. Bila dah pandai, bolehlah dipelbagaikan saiznya mengikut keperluan. Semoga tutorial ini dapat memberi manafaat bersama.
JOM JAHIT SENDIRI!!
sangat comel..terima kasih bagi tutorial.
ReplyDeleteterima kasih kak Zai :-)
ReplyDeletecantik.. dah lama tak jenguk blog haida :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu :)
terima kasih Jamilah. Alhamdulillah, kali ni lancar je proses nak buat tutorial ni. Haida pun dah lama tak blog walking sejak dah asik berFB ni je kan. teringat zaman2 bloggin dulu2 (mcmlah dah lama sangat hehe.. )
ReplyDelete